uia uiam

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan membina kampus di Pagoh, Johor, tidak lama lagi, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sehubungan itu UIAM akan menjadi rakan kongsi penting bagi Hab Pendidikan Pagoh, yang bakal diwujudkan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berharap Kampus Pagoh akan dapat memulakan operasi pada 2012.
Katanya, UIAM telah menubuhkan dua Lembaga Kajian untuk meneliti kursus kejuruteraan yang akan ditawarkan di kampus Pagoh, manakala kursus lain yang dipertimbangkan ialah Fakulti Bahasa Moden dan Fakulti Pertanian.
"Kerajaan sudah tentu akan memberikan sokongan padu terhadap penubuhan UIAM Kampus Pagoh, Insya-Allah,” katanya pada majlis Syawal UIAM 2010 di Kampus Gombak dekat sini hari ini.
Pada masa ini, UIAM mempunyai 14 fakulti dan pusat yang terletak di Gombak, Kuantan dan Kuala Lumpur.
Ia mempunyai kira-kira 22,000 pelajar dengan 5,000 ialah pelajar ijazah lanjutan. Daripada jumlah itu, kira-kira 4,600 ialah pelajar asing dari lebih 90 negara. - Bernama

0 comments: